My F-o-l-l-o-w-e-r-z

Friday, February 19, 2010

Tabiat main game bawa padah

SEORANG penjenayah yang diburu selama hampir tiga tahun akhirnya tumpas selepas dia dikesan polis ketika leka bermain game 'online' terkemuka, World of Warcraft.
Alfred Hightower yang memiliki rekod jenayah membabitkan dadah pada 2007 menghilangkan diri sebaik mengetahui dia diburu polis, namun maklumat mengenainya berjaya dikesan menerusi data didaftarkan untuk permainan popular itu.

Sebaik waran Bahagian Syerif Indiana Howard dikeluarkan, polis Amerika Syarikat tidak dapat mengesan Hightower walaupun mendapat maklumat yang mengatakan dia bersembunyi di Kanada.

Timbalan Polis Howard, Matt Roberson, berkata hasil siasatan mendapati Hightower mempunyai tabiat suka bermain permainan online dan memulakan operasi mengesannya.

"Kami menyiasat dan menyusup ke dalam permainan terbabit untuk mengesan Hightower selepas mengemukakan bukti kukuh kepada pengeluar game, Blizzard Entertainment," katanya.

Beliau berkata, hasil siasatan berjaya mendapatkan maklumat mengenai sejarah akaun, alamat protokol Internet (IP), nama samaran, alamat bil dan sistem pelayan yang digunakan penjenayah.

"Selepas menggunakan aplikasi Google Earth, pihak berkuasa Kanada berjaya mengesan tempat persembunyian Hightower di Ottowa, Ontario," katanya.

3 comments:

lXl3lackIcelXl said...

Apa kna mngena ngan tabiat men game??

mknace unlimited said...

:) :) :)
pengajaran.. jangan main game online kalau jahat, main ps3 jer cukup la

FaTiN said...

setinggi tinggi tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua