
Sejak kebelakangan ini, pemakaian Nurul Abdul Wahab semakin mendapat perhatian. Rata-rata merasakan janda berusia 31 tahun ini sudah semakin berani bergaya. Tetapi menurut tuan empunya diri, bila sudah mempunyai bentuk badan yang diingini, keyakinan diri akan meningkat untuk menggayakan pakaian cantik yang disukai.
"Kini, saya sudah mendapat balik berat badan saya sebelum kahwin dulu. Semestinya saya ingin bergaya dan memakai baju cantik. Lagipun sebagai seorang penyanyi, imej juga perlu ditukarkan dari masa ke semasa. Ramai yang akan bosan jika asyik menonjolkan imej yang serupa.”
|  Nurul | 
“Wanita sentiasa ingin kelihatan cantik dan langsing. Tapi memandangkan I look good, mungkin saya perlu mencari seseorang,” selorohnya yang ditemui baru-baru ini di majlis memperkenalkan dirinya sebagai duta selebriti pertama Glow & Glamour, sebuah syarikat pelangsingan dan kecantikan, selama setahun.
|  Nurul | 
Takut gemuk
Pernah melihat berat badannya mencecah 75kg ketika dia mengandung anak perempuan tunggalnya, Ayu Nazirah, 11 tahun lalu, Nurul mengakui sejak kecil lagi dia takut gemuk, lebih-lebih lagi bila kesemua adik-beradiknya berbadan besar. Tetapi dengan usia yang semakin meningkat, senaman saja tidak mencukupi.
“Wanita yang berusia 30 tahun ke atas memerlukan rawatan sampingan selain senaman untuk mengekalkan berat badan mereka di tahap yang ideal. Sebelum mereka (pihak Glow & Glamour) menawarkan saya peluang menjadi duta tiga bulan lalu, sebenarnya saya sudah mendaftar dengan mereka sebagai pelanggan sejak Ogos tahun lepas.
|  Nurul | 
Sebelum ini sudah mencuba ‘crash diet’ dan melakukan ‘weight-training’ sehingga badannya berotot, Nurul memberitahu rawatan Glow & Glamour memenuhi keperluannya. Walaupun tiada masa ke gim, kunjungan dua kali seminggu ke pusat Glow & Glamour sudah mencukupi untuk memastikan berat badannya terkawal.
“Buat kaum wanita, bila kita sudah sampai usia 30-tahun, adalah lebih baik jika kami sedar keadaan berat badan kami sebelum ditegur orang,” ujar Nurul.
No comments:
Post a Comment