My F-o-l-l-o-w-e-r-z

Thursday, February 18, 2010

Fienaz Tersingkir Dari Idola Kecil

18 Dec 2009

Dua minggu lepas, Idola Kecil 2 melakar sejarah apabila Sam Khor dengan rela hati menarik diri dari pertandingan, secara tidak langsung menggantikan tempat Nurul. Walaupun sedih dengan pengunduran Sam, para peserta perlu mengenepikan kesebakan itu dan bergabung tenaga untuk memberikan yang terbaik menerusi persembahan mereka dengan tema ‘Duet & Medley’ pada minggu lalu.

Tema kali ini amat mencabar kerana ia memerlukan dedikasi dan persefahaman di antara dua pihak untuk menjayakan lagu-lagu tersebut di samping menghayatinya. Persembahan pertama daripada Ain dan Maulud dengan lagu “Pening” berjaya mencuit hati penonton, malah membuatkan mereka terpaku dengan gaya ‘rock’ Ain dan tariannya yang menarik.

Diikuti Fienaz dan Dayana dengan “Lagu Gembira”. Keserasian mereka dipuji Atilia selaku juri tetap. Lagu “Curiga” pula disampaikan Tasha dan Jiha dengan gaya tersendiri dan menarik minat Jaclyn Victor yang menjadi juri jemputan pada minggu itu.

Persembahan diteruskan dengan Azzam dan Nurul dengan lagu “Keliru” dan gaya mereka seolah-olah penyanyi asal Ajai dan Nurul. Gaya bersahaja Dayana apabila menyanyikan lagu “Ku Pinjam Satu Bintang” bersama-sama Arill amat menghiburkan sekali walaupun juri masih lagi mahu Dayana memperbaiki dirinya pada minggu hadapan.

FienazFienaz

Arill pula telah menjiwai wataknya dengan baik ketika menyanyikan lagu sedih, “Jangan Pisahkan” bersama-sama Ain. Penghormatan harus diberi kepada Nurul pada minggu ini apabila dia berjaya memukau juri dan penonton dengan nyanyian rap, “Bawaku Terbang”. Sangkaan penonton yang Nurul akan terkeluar meleset sama sekali.

FienazFienaz

Azzam dan Jiha seperti pasangan kekasih apabila menyanyikan lagu popular, “My Heart”, sementara Maulud dan Fienaz mengakhiri persembahan pada malam itu dengan lagu “Dua Hati Jadi Satu.” Jaclyn memuji Maulud kerana dia mempunyai gaya persembahan yang cukup bagus dan begitu ceria, serta berjaya menjiwai lagu yang dibawanya.

Selesai persembahan dari setiap peserta, tiba saat mendebarkan di mana pengacara Aliff Satar terpaksa mengumumkan peserta yang akan meninggalkan pentas Idola Kecil 2. Aliff yang dikenali sebagai Abang Long di kalangan peserta, turut menitiskan air mata kerana sudah hampir dua bulan meluangkan masa dengan mereka.

FienazFienaz

Seperti biasa, tiga peserta dipanggil iaitu Tasha, Arill dan Fienaz. Aliff tidak dapat mengumumkan nama Fienaz yang telah disingkirkan dan akan pulang dengan wang tunai RM1, 000 tetapi hanya mampu menunjukkan kad yang telah diberikan oleh penerbit yang tertera nama Fienaz.

Fienaz kelihatan terkejut tetapi dilihat cekal dan redha dengan keputusan yang diberikan oleh juri. Pemarkahan bagi Idola Kecil 2 terletak 100% pada panel juri.

FienazFienaz

Pada minggu ini, siapa pula yang bakal membawa pulang wang tunai berjumlah RM1, 000? Untuk mengetahui keputusannya, saksikan Idola Kecil 2 esok pada jam 9.30 malam di TV9.

No comments: