My F-o-l-l-o-w-e-r-z

Saturday, February 20, 2010

Everton gelisah

London:Pertemuan menentang Everton malam ini memberi seribu makna buat penyerang Manchester United, Wayne Rooney kerana lawannya itu pernah memainkan peranan menjulang namanya sebelum dibeli Red Devils. Dua jaringan penyerang England itu ketika membantu kejayaan United pada saingan Liga Juara-Juara menentang AC Milan baru-baru ini membolehkan dia mengumpul 25 gol dan ia masih belum memuaskan hati pemain berkenaan dan dia mahu menambah jumlah sedia ada sekali gus membantu pasukannya mencatat kemenangan keempat berturut-turut di Goodison Park.

Rooney kini menjadi antara individu paling dibenci peminat Everton kerana dia meninggalkan kelab itu untuk bersama Old Trafford pada 2004, tetapi dia tetap mahu turun beraksi malam ini.

“Keupayaannya setanding dengan mana-mana pemain terbaik dunia ketika ini. Apa yang perlu dia lakukan ialah menajamkan lagi skil menjaringkan gol dan jika itu berjaya dilakukan, namanya pasti lebih digeruni.” Louis Saha mungkin berharap Manchester United akan merangkul gelaran Liga Perdana musim ini tetapi segala impian itu bakal diketepikan apabila penyerang Everton berkenaan berdepan kelab lamanya.

Saha yang pernah beraksi selama empat musim di Old Trafford tetapi kerap dilanda kecederaan, sudah menjaringkan 15 gol musim ini dan meledakkan dua gol ketika membantu Everton menang 2-1 ke atas Chelsea, awal bulan ini.

Everton yang kini menduduki tangga kesembilan liga dan ketinggalan 23 mata di belakang pendahulu, mungkin sudah tersingkir daripada saingan merebut gelaran liga tetapi selepas berupaya mengurangkan kelebihan Chelsea kepada satu mata berbanding United, mereka juga dilihat bersedia untuk sekali lagi memainkan peranan dalam penentuan juara.

“Saya memang berharap Everton akan muncul juara tetapi ia adalah sesuatu yang mustahil,” kata Saha.

“Chelsea memang kuat tetapi saya rasa United adalah lebih baik dan secara peribadi, saya akan gembira jika United muncul juara,” katanya lagi.

Tugas kelab Merseyside itu untuk mengekang United bagaimanapun menjadi lebih sukar akibat ketiadaan Marouane Fellaini kerana masalah pergelangan kaki manakala pemain tengah Australia, Tim Cahill pula masih diragui kerana masalah betis yang dialami ketika menentang Sporting Lisbon.

Chelsea pula akan berusaha untuk kembali menjarakkan jurang kelebihan apabila menentang Wolves yang sekadar satu mata di atas zon penyingkiran. - AFP

No comments: