
Beberapa tahun yang lalu, nama Faizal Tahir mungkin tidak pernah di kenali. Kariernya di mulakan dengan bereksperimentasi dengan muzik nasyid. Beliau kemudian menyertai rancangan realiti televisyen One In A Million (OIAM). Di mana dari situ namanya mula tercipta dan di kenali ramai. Bagaimana cara Faizal Tahir mengharungi dunianya aku aplikasikan dengan dunia blogging?
Penyusunan masa menulis
Kalau anda perasan, setiap lagu Faizal Tahir memang berkualiti dan selalu mendapat tempat dalam pasaran. Ini kerana beliau ambil masa untuk setiap penghasilan lagu. Masa di susun untuk setiap penghasilan track. Setiap single atau track lagu akan di pasarkan satu persatu. Dan kita dapat dengar hasilnya, setiap track memang berkualiti dan amat memuaskan. Even selalu mendapat rating tinggi dalam carta² lagu tempatan.
Penulisan yang unik dan bermakna
Apa yang membuatkan Faizal Tahir lebih unik ialah lirik lagu. Seperti yang aku katakan sebelum ini, setiap lirik dan lagu di hasilkan dengan teliti. Dan menghasilkan tune muzik seperti terapi di tambah dengan liriknya penuh makna dan semangat. Jelas dapat di lihat, setiap lirik dan lagu di tulis Faizal Tahir di bicara dari hati dan pengalaman yang unik. Cuba dengar Bencinta dan Sampai Syurga.
Penyampaian penulisan yang ringkas dan padat
Mungkin setiap lirik dan lagu Faizal Tahir di sampaikan nampak pendek dan ringkas, tapi sebenarnya setiap lirik dan lagunya ada kekuatan sendiri. Setiap maksud dalam lagu yang ringkas itu di sampaikan padat dengan makna dan mudah di fahami semua.
Keghairahan dan kerancakan dalam penulisan/persembahan
Lagu² yang terbaik daripada Faizal Tahir di hasilkan dalam muzik yang sistematik. Beliau sedar klimaks amat penting dalam setiap lagu. Jika anda dengar, banyak dari lagu² Faizal Tahir di tulis dengan penuh semangat dan keghairahan. Sering kali juga ia di iringi dengan muzik yang rancak dan memberi semangat, lebih² lagi dalam setiap persembahan beliau.
Elemen Ekstrim
Masih ingat lagi dengan insiden aksi buka baju Faizal Tahir? Mungkin kontroversi seperti ini salah, tapi sebenarnya sedikit berjaya “memperkenalkan” dan mempopularkan dirinya dalam industri muzik. Kadang² kontroversi di perlukan untuk lebih di kenali ramai. hoho
“Dalam kejadian tersebut, Faizal telah beraksi sambil membuka baju hingga menampakkan keseluruhan tubuh badannya dengan tanda huruf S berwarna merah di badannya. Malah dia telah membuka sama tali pinggangnya yang turut memiliki buckle bertanda huruf S.” Keratan Utusan Malaysia
Benci atau cinta, kita perlu akui Faizal Tahir sudah membuktikan bahawa dia adalah kekuatan penting dalam industri muzik moden di Malaysia. Anda mungkin tidak perlu menyukai Faizal Tahir, apa yang penting, anda perlu belajar bagaimana beliau mengharungi dunianya, dunia anda blogging.
No comments:
Post a Comment