
Adakah anda menggunakan broadband? Adakah anda betul-betul tahu apa itu broadband? Kalau korang kata Broadband ialah Celcom, Maxis atau DiGI ataupun korang kata Broadband ialah wireless. Anda memang SALAH! Broadband bukanlah bermaksud wireless dan tak terikat dengan mana-mana penyedia Internet wireless. Broadband dalam bahasa melayu ialah Jalur Lebar. Jalur lebar dalam tekomunikasi berkaitan dengan jumlah data yang dapat di bawa dalam satu-satu masa, lebih lebar lebar jalur itu maka lebih banyak data dan bandwidth boleh dibawa. Dalam term Internet, Broadband Internet ialah teknologi yang dapat menyalurkan data yang besar dalam satu-satu masa berbanding dengan dial-up.
Aku selalu terbaca kat blog-blog, orang tulis “Aku pakai Broadband, broadband sux, slow”. Apa yang dia maksudkan ialah, WIRELESS BROADBAND. Adakah korang tahu, Streamyx juga ialah Broadband? P1 W1MAX, Jaring atau Time tu semua ialah Broadband, tak hanya terikat pada Wireless. Tak tahu la kenapa makin ramai sekarang, orang dah set dalam pemikiran diorg yang Broadband ialah Wireless (Celcom, DiGi, Maxis, dsb). Aku tulis ni untuk membetulkan fakta yang sepatutnya. Broadband bukanlah hanya untuk Internet Wireless!!
OK lah, cukup pasal terma Broadband. Aku nak sembang sikit pasal Internet di Malaysia tahun 2010. Seperti yang kita tengok, P1 W1MAX dengan Streamyx ni macam bergaduh je, masing-masing keluarkan Iklan yang hebat-hebat untuk mengelakkan kehilangan pelanggan dan P1 untuk memancing pelanggan baru. Untuk DiGi, Celcom dan Maxis broadband aku letak tepi, kenapa? Sebab aku fikir 3G bukanlah platform yang sesuai untuk kegunaan Internet harian di Komputer, kalau orang tu guna Internet secara ringan atau sekali sekala memang sesuai lah. 3G ni pada aku lebih sesuai untuk Gadget dan Handphone. Akupun selalu guna Internet kat handphone, hampir RM40 bill telefon aku setiap bulan ialah Internet 3G. Aku suka dengan DiGi Broadban, sebab ayah aku guna, tapi malangnya masa aku beli prepaid DiGi tahun lepas aku ingat dah boleh terus guna 3G. Tapi tak ada, So aku buang je sim tu dalam tong sampah.
Berbalik pada cerita Streamyx dan pencabar baru dia dalam penyedia Internet di Malaysia P1 W1MAX. Secara peribadi, tak kira lah P1 ni buat iklan macam mana pun, dan tak kira lah orang kata Streamyx teruk macam mana pun, aku akan tetap kekal dengan Streamyx. Kenapa? Korang pernah dengan istilah “The future is wireless”? memang the future is wireless, tapi bagi aku wired lebih baik. Sebab utama ialah ping lebih rendah, so kalau kaki gamers yang main secara online, korang pasti akan puas hati main game kat streamyx. Lagi satu sebab kenapa aku tak pakai P1 W1MAX ialah limited bandwidth, aku tak suka limited bandwidth, macam mengongkong je nak download apa-apa pun kena fikir dua tiga kali. Dan seperti mana-mana perkhidmatan Internet Wireless, UPLOAD SPEED adalah sangat perlahan, kadang-kadang nak upload gambar 500KB pun ambik masa sampai 5minit, ape ntah. Untuk pengetahuan, semua ISP yang aku sebutkan kat atas ni aku pernah guna. Sorry U-Mobile, tak berkesempatan nak try.
Aku dengar, pada tahun 2010 ni, P1 W1MAX akan menjadi sepenuhnya 4G dan TM yang mengendalikan streamyx tu akan melancarkan HSBB. Aku memang berminat dengan HSBB dari TM ni. HSBB bermaksud Hish Speed Broadband. Sekarang HSBB sedang dalam percubaan oleh lebih 122 kediaman di Lembang Kelang. Kelajuan minima untuk HSBB ialah 10Mbps dan boleh pergi sehingga 1Gbps (tak tahu la betul ke tak). Aku dah pun mendaftar Minat aku kat laman web HSBB tu dan berharap HSBB akan ada kat kawasan Kajang ni. Dan lagi, aku harap harga HSBB ni tak mencecah RM200, gila la kalau macam tu mana la mampu. Dan menjelang akhir tahun 2010 ni, HSBB dah boleh digunakan oleh pengguna.
Untuk P1 W1MAX, aku sangat kagum dengan perkhidmatan pelanggan diorg. Kalau down atau ada masalah pada network, diorg akan contact kita melalui sms. Ini banyak aku tahu daripada member-member yang menggunakan P1 W1MAX. Dan korg juga boleh contact P1 ni melalui Twitter je, di @P1W1MAX. Telco lain pun ada yang support melalui twitter, macam @DiGi_telco. ISP lain-lain tak tau lah pulak, twitter diorg untuk buat pengumuman je kut. Berbeza dengan Streamyx, kalau ada apa-apa masalah pada network, kalau nak down, dia down je tak ada sebarang notis, memang hampeh. Customer services Streamyx paling teruk, permohonan aku untuk upgrade 2Mbps ke 4Mbps tahun lepas, sampai sekarang takde apa-apa berita, kata dalam seminggu kontraktor akan contact, sampai sekarang tak ada apa-apa. Memang teruk!
Kesimpulannya, samaada korang sesuai untuk guna Streamyx atau P1 W1MAX atau mana-mana penyedia perkhidmatan Internet bergantung pada apa yang anda lakukan di Internet. Kalau setakat melayari Internet untuk tulis blog, bertwitter, kadang-kadang layan youtube. Go with P1 W1MAX. Dan kalau anda adalah kaki download, kaki games online dan memerlukan talian yang stabil sepanjang masa, go with Streamyx. Kalau anda adalah pengguna Internet yang ringan, buka internet setakat nak check e-mail atau mencari maklumat, ISP 3G seperti DiGi, Celcom dan Maxis dan memadai.
No comments:
Post a Comment